Posts

Showing posts from February, 2018

Cara Jimat Poket Bila Melancong

Image
PERCUTIAN sememangnya menyeronokkan apabila ia dapat dinikmati tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Bayangkan anda sedang menikmati percutian di pulau yang indah di Bora Bora sambil menjamu mata dengan air lagun yang berwarna firus. Semua hidupan laut seperti ikan yu, ikan pari dan yu berenang bebas dalam air laut yang jernih. Pastinya mengasyikkan. Bagaimana pula dengan dengan pemandangan luar biasa di lembah coklat keemasan Antelope Canyon? Keunikan bentuk muka bumi ngarai di Navajo, barat Amerika Syarikat itu sungguh 'berseni' sehingga dianggap antara 30 destinasi terbaik di dunia. Jika duit simpanan sudah dileburkan pada tiket penerbangan, pasti ada cara untuk melancong tapi dalam masa yang sama masih boleh berjimat, bukan? Blogger bebas, Christine Johnsone berkongsi 15 tips kaedah menjimatkan wang ketika bercuti. 1) Cari aktiviti yang boleh dilakukan dengan percuma 2) Cari tempat penginapan yang memiliki dapur untuk sediakan sarapan mahupun makanan tenga